Premium

Sesi 4.1: Pembentangan Selari – Ghalat dalam Operasi Industri Kewangan Islam

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MUZAKARAH) merupakan sebuah persidangan tahunan yang menghimpunkan para ulama, penasihat Syariah, cendekiawan Islam serta pengamal kewangan dari rantau nusantara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Acara tahunan ini menjadi suatu wadah untuk perkongsian pendapat dan ilmu, di samping membincangkan perkembangan semasa di dalam industri kewangan Islam.

MUZAKARAH2026 mengetengahkan tema “Memperkasa Pematuhan Syariah Dalam Sistem Kewangan Islam”. Fokus MUZAKARAH2026 akan berkisar pada beberapa isu utama:

  • Hajah dan darurah dalam konteks al-i’anah ala al-ma’siyah (membantu dalam melakukan perkara yang dilarang oleh syarak)
  • Cadangan parameter al-i’anah ala al-ma’siyah yang merangkumi sektor perbankan Islam, takaful dan pasaran modal Islam
  • Konsep ghalat menurut perspektif Syariah dan perundangan serta implikasinya terhadap kesahan kontrak
  • Kaedah rektifikasi bagi situasi ghalat dalam perbankan Islam, takaful dan pasaran modal Islam

MUZAKARAH2026 turut menganjurkan kursus (master class) yang akan diadakan sehari sebelum MUZAKARAH dengan penekanan terhadap isu ketidakpatuhan Syariah, khususnya kaedah rektifikasi (rectification) dan penyucian (purification).

Sesi 4: Pembentangan Selari – Ghalat dalam Operasi Industri Kewangan Islam

Sesi Selari 1: Perbankan Islam dan Pasaran Modal Islam

  • Contoh situasi ghalat:
    1. Kesilapan dalam dokumentasi kontrak
    2. Kesilapan semasa pemeteraian akad
    3. Kesilapan tindakan semasa dalam pembiayaan
    4. Kesilapan yang dikesan selepas pembiayaan selesai
  • Contoh situasi ghalat yang membawa kepada ketidakpatuhan Syariah (SNC) dan yang tidak SNC
  • Pembentang 1: Prof Madya Dr Nik Abdul Rahim (Malaysia)
  • Pembentang 2: Ustaz Ahmad Arshad Ezhar (Malaysia)
  • Pendiskusi: Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (Malaysia)