Premium

Sesi 1: Hajah dan Darurah dalam Konteks al-I’anah ala al-Ma’siyah

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MUZAKARAH) merupakan sebuah persidangan tahunan yang menghimpunkan para ulama, penasihat Syariah, cendekiawan Islam serta pengamal kewangan dari rantau nusantara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Acara tahunan ini menjadi suatu wadah untuk perkongsian pendapat dan ilmu, di samping membincangkan perkembangan semasa di dalam industri kewangan Islam.

MUZAKARAH2026 mengetengahkan tema “Memperkasa Pematuhan Syariah Dalam Sistem Kewangan Islam”. Fokus MUZAKARAH2026 akan berkisar pada beberapa isu utama:

  • Hajah dan darurah dalam konteks al-i’anah ala al-ma’siyah (membantu dalam melakukan perkara yang dilarang oleh syarak)
  • Cadangan parameter al-i’anah ala al-ma’siyah yang merangkumi sektor perbankan Islam, takaful dan pasaran modal Islam
  • Konsep ghalat menurut perspektif Syariah dan perundangan serta implikasinya terhadap kesahan kontrak
  • Kaedah rektifikasi bagi situasi ghalat dalam perbankan Islam, takaful dan pasaran modal Islam

MUZAKARAH2026 turut menganjurkan kursus (master class) yang akan diadakan sehari sebelum MUZAKARAH dengan penekanan terhadap isu ketidakpatuhan Syariah, khususnya kaedah rektifikasi (rectification) dan penyucian (purification).

Sesi 1: Hajah dan Darurah dalam Konteks al-I’anah ala al-Ma’siyah

  • Dawabit dalam penggunaan hajah dan darurah bagi situasi yang membawa kepada al-i’anah ala al-ma’siyah
  • Aplikasi hajah dan darurah dalam konteks pembiayaan yang melibatkan bank induk konvensional, institusi konvensional dan mandat kerajaan untuk aktiviti tidak patuh Syariah.
  • Pembentang 1: Dr Marjan Muhammad (Malaysia)
  • Pembentang 2: Dr Oni Sahroni (Indonesia)
  • Pendiskusi: Dato’ Dr Ashraf Md Hashim (Malaysia)