Premium

IRP 53 – Analisis Kewajipan Zakat Emas Terhadap Pelaburan Emas di Malaysia

Kewajipan mengeluarkan zakat emas secara umumnya dinaskan di dalam al-Quran, Sunah dan ijmak. Pada hari ini, sesetengah masyarakat Islam yang terlibat dalam pelaburan emas mula menimbulkan isu kewajipan zakat emas terhadap pelbagai jenis pelaburan emas yang ada di pasaran. Ini kerana pelbagai pelan dan produk pelaburan diperkenalkan oleh syarikat-syarikat pelaburan emas, dan bermacam-macam-macam teknik digunakan oleh pelabur untuk memaksimumkan keuntungan melalui pelaburan emas.

Kertas kajian ini ditulis dengan objektif untuk mengenal pasti status kewajipan zakat emas terhadap beberapa produk, pelan, teknik dan bentuk pelaburan emas yang dijalankan di Malaysia. Secara umumnya, jenis-jenis pelaburan yang terlibat dalam kajian ini meliputi pelaburan emas fizikal, emas akaun, dan emas maya.

Kajian ini distukturkan kepada lima bahagian. Fokus perbincangan akan diperincikan dalam Bahagian 2, 3 dan 4. Bahagian 2 akan menjelaskan secara umum berkenaan jenis pelaburan emas yang dijalankan di pasaran. Bahagian 3 yang merupakan inti pati utama kertas kajian ini akan menjelaskan status kewajipan zakat terhadap bentuk-bentuk pelaburan emas di Malaysia yang patuh syariah dengan memperincikan bentuk-bentuk pelaburan yang biasa dijalankan dan membuat analisis fiqah berkenaan kewajipan zakat. Bahagian 4 pula akan menjelaskan status kewajipan zakat dalam pelaburan emas tidak patuh syariah.

Salah satu bentuk pelaburan emas ialah menjadikan emas sebagai item perniagaan yang dibeli dengan tujuan untuk dijual kembali dan mendapat keuntungan sama ada melalui perbezaan harga jual dan harga beli atau dengan kenaikan harga ketika jual. Jika emas mencukupi syarat barang perniagaan ( urud tijarah ), hukum zakatnya sama seperti hukum zakat bagi pengurup wang, dengan mengambil pandangan majoriti bahawa pengurup wang dikenakan zakat. Kadar zakat yang dikenakan ialah kadar zakat perniagaan iaitu sebanyak 2.5%. Nilai emas hendaklah dikira pada akhir haul iaitu waktu wajib zakat.

Related Resources

Premium
The Role of Sharīʿah Supervision in Regulating the Operations of Islamic Banks: Its Importance, Conditions, and Modus Operandi
Dr. Mohamad Akram Laldin - Trans & Edit by Dr. Bachar Bakour & Dr. Riaz Ansary
Policy Brief No. 4/2026 | Supporting Successful Ageing-in-Place: Assistive Technology within an Integrated Care Framework
Dr Haniza Khalid; Associate Professor Dr Maya Puspa Rahman
Premium
Big Data From A Sharīʿah Lens
ISRA & AEON BANK
Premium
Charting Progress Together: Malaysia’s Islamic Finance Through the Years — A Compilation of Published Articles by RHB Islamic
ISRA & RHB ISLAMIC