Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (2010 – 2011)

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS) sebagai badan berkuasa tertinggi dalam penentuan hukum-hukum Syarak berhubung kewangan Islam telah diberikan mandat untuk memastikan keputusan-keputusan Syariah yang dibuat adalah berwibawa dan berintegriti. Menerusi siri perbincangan yang mendalam dan proses perundingan yang teliti oleh MPS sepanjang tahun 2010 dan 2011, kompilasi ilmiah resolusi ini dihasilkan sebagai manifestasi ijtihad secara bersama oleh barisan cendekiawan berhubung perkara Syariah dalam kewangan Islam. Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam 2010 – 2011 ini melengkapi Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam (Edisi Kedua) yang diterbitkan pada tahun 2010 manakala asas pertimbangan bagi setiap resolusi akan disertakan dalam edisi akan datang.

Resolusi ini bertujuan:
(i) Menyiarkan keputusan-keputusan Syariah MPS sepanjang tahun 2010 – 2011;
(ii) Menyediakan interpretasi Syariah yang konsisten kepada industri kewangan Islam secara keseluruhannya; dan
(iii) Sebagai panduan kepada industri kewangan Islam, mahkamah, penimbang tara dan masyarakat secara amnya.

This document belongs to Bank Negara Malaysia (BNM). Full access to the original source is available here: https://www.bnm.gov.my/banking-islamic-banking

Related Resources

No related resources found at the moment.