Premium

IRP 24 – Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing Oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan Dari Sudut Syariah

Penglibatan pelabur-pelabur runcit dalam pasaran forex, terutamanya daripada kalangan individu persendirian, telah meningkat secara drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Golongan ini mengambil pendekatan melakukan perdagangan harian (day trading) matawang asing secara lani (spot forex) melalui platform elektronik yang disediakan oleh pihak broker. Masyarakat Malaysia khususnya umat Islam tidak terkecuali daripada terlibat dalam kegiatan perdagangan secara moden ini. Objektif utama kertas kerja ini disediakan adalah bagi meneliti secara lebih mendalam mengenai operasi dan perjalanan perdagangan spot forex yang dijalankan oleh individu-individu melalui platform internet dan mengkaji sejauh mana pandangan syarak mengenainya. Umumnya, susunan penulisan akan dibuat dalam tiga bahagian utama; bahagian pertama akan memberi pengenalan umum mengenai forex; bahagian kedua akan memaparkan operasi perdagangan spot forex melalui platform internet; dan bahagian ketiga akan menyorot pandangan syarak mengenai transaksi spot forex ini, dengan mengetengahkan konsep bay‘ al-sarf dalam Islam dan lima isu syariah yang utama. Kertas kerja ini mencadangkan supaya kaedah siyasah shar‘iyyah juga perlu diambil kira dalam menentukan kesahihan hukum perdagangan ini dari sudut syarak.

Keyword: spot forex, pedagang individu, platform elektronik, isu-isu syariah

Related Resources

Premium
The Role of Sharīʿah Supervision in Regulating the Operations of Islamic Banks: Its Importance, Conditions, and Modus Operandi
Dr. Mohamad Akram Laldin - Trans & Edit by Dr. Bachar Bakour & Dr. Riaz Ansary
Policy Brief No. 4/2026 | Supporting Successful Ageing-in-Place: Assistive Technology within an Integrated Care Framework
Dr Haniza Khalid; Associate Professor Dr Maya Puspa Rahman
Premium
Big Data From A Sharīʿah Lens
ISRA & AEON BANK
Premium
Charting Progress Together: Malaysia’s Islamic Finance Through the Years — A Compilation of Published Articles by RHB Islamic
ISRA & RHB ISLAMIC