Majlis Perasmian MULTAQA 2026 serta Pelancaran Malaysia’s Islamic Social Finance Report 2026 telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 12 Ogos 2026 bertempat di Pullman Kuala Lumpur City Centre.
Persidangan ini merupakan hasil kerjasama strategik antara ISRA Institute, INCEIF University dan PPZ-MAIWP dalam memperkukuh ekosistem kewangan sosial Islam serta menyokong pembangunan kewangan sosial Islam di Malaysia.
Majlis turut dihadiri oleh para tetamu kehormat dan wakil daripada PPZ-MAIWP, MAIWP, JAWHAR serta para mufti, para cendekiawan dan pengamal industri dalam bidang kewangan sosial Islam.
ISRA Institute dan INCEIF University merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri, para penaja — PPZ-MAIWP, Bank Islam, Co-opbank Pertama dan ISRA Associates — serta JAWHAR sebagai rakan penaja dan ASAS sebagai rakan strategik, atas sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan MULTAQA 2026.
Semoga MULTAQA 2026 terus menjadi wadah bagi memperkukuh kerjasama, memperkasa inisiatif serta membentuk hala tuju strategik kewangan sosial Islam di Malaysia