>
>
Perbincangan al-I`anah ‘ala Ma`siyah dan Isu-isu yang Berkaitan dengan Perbankan Islam dan Pasaran Modal Islam
Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MUZAKARAH) merupakan persidangan tahunan yang dihadiri oleh para ulama, penasihat Syariah, cendekiawan Islam dan pengamal kewangan di Nusantara dari Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Acara tahunan ini merupakan satu wadah bagi perkongsian pendapat dan ilmu serta perbincangan mengenai perkembangan semasa dalam industri kewangan Islam.
Isu Utama & Fokus Perbincangan
Memahami konsep penciptaan wang dan merungkai isu-isu Syariah.
Mengupas konsep i`anah `ala ma`siyah dan penentuan sama ada pendekatan ini akan menimbulkan isu ketidakpatuhan Syariah serta cadangan penyelesaian.
Meneliti kaedah deemed consent dari perspektif Syariah dan sudut perundangan. Turut membincangkan contoh kes deemed consent yang diaplikasikan di peringkat perbankan Islam, pasaran modal dan takaful.