Premium

Piawaian Syariah dan Keperluan Operasi – Siri 1

Penerbitan Piawaian Syariah dan Keperluan Operasi Siri 1 ini merupakan kompilasi lima Piawaian iaitu Murabahah, Mudarabah, Musyarakah, Tawarruq dan Istisna` yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu, terdapat beberapa Piawaian Syariah yang lain akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Piawaian ini menggariskan prinsip, rukun dan syarat kontrak Syariah tertentu demi memastikan pematuhan keputusan Syariah yang menyeluruh dalam penstrukturan produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Piawaian ini juga turut mengandungi amalan pilihan sebagai panduan kepada industri, khususnya berhubung amalan terbaik. Manakala keperluan operasi melengkapi pelaksanaan keperluan Syariah daripada perspektif praktikal. Ciri-ciri inilah yang menjadikan Piawaian ini sebagai rujukan komprehensif yang mempromosikan keharmonian penafsiran Syariah di peringkat domestik, serantau dan global.

Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia sentiasa komited dalam memainkan peranan memposisikan Malaysia dengan kepimpinan melalui pemikiran berhubung kewangan Islam. Bagi menyokong peranan ini, Bank Negara Malaysia, dengan kerjasama Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) telah melaksanakan inisiatif untuk menterjemah Piawaian ini ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab bagi memastikan jangkauan yang lebih menyeluruh, merentasi pelbagai sektor dan sempadan. Oleh itu, ISRA ingin merakamkan penghargaan kepada Bank Negara Malaysia atas kepercayaan kepada ISRA untuk menggalas tanggungjawab melaksanakan penterjemahan dan penerbitan Piawaian ini dalam tiga bahasa (bahasa Inggeris, Melayu dan Arab).

Usaha murni ini juga dapat memastikan Piawaian ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dalam industri kewangan Islam termasuk pengamal kewangan, cendekiawan Syariah, golongan perundangan, penimbang tara, ahli akademik dan para pelajar. Sekiranya terdapat perbezaan antara versi bahasa Inggeris terkini dengan versi terdahulu dan versi bahasa lain, versi bahasa Inggeris terkini hendaklah terpakai.

Related Resources

No related resources found at the moment.