IRP 41: Isu Jaminan Mudarib Dalam Konteks Mudarabah Rujukan Khusus Terhadap Industri Kecil & Sederhana

Antara kekangan bank-bank yang melaksanakan perbankan Islam dalam menawarkan produk pembiayaan berasaskan perkongsian seperti mudarabah ialah isu jaminan modal. Ini kerana antara prinsip asas dalam kontrak mudarabah ialah tanggungjawab jaminan terletak di atas bahu pemodal (rabb al-mal). Dalam konteks pembiayaan untuk industri kecil dan sederhana, prinsip asas jaminan modal ini mendedahkan bank kepada risiko kerana fenomena hari ini menyaksikan industri-industri tersebut tidak menunjukkan pencapaian dan prestasi yang meyakinkan dan sesetengahnya pula mengalami kebankrapan awal. Kajian ini cuba mendapatkan penyelesaian yang sesuai dari sudut ekonomi dan diterima dari sudut syariah, dengan menerokai permasalahan jaminan modal dari perspektif syarak, sama ada boleh diletakkan di atas bahu pengusaha (mudarib). Pendapat fuqaha berserta dalil-dalilnya berkaitan isu jaminan mudarib akan dibincangkan secara terperinci. Kajian ini akan mengemukakan cadangan berkaitan isu ini dengan menjadikan industri kecil dan sederhana sebagai rujukan khusus.
Kata Kunci: jaminan mudarib, industri kecil & sederhana

Related Resources

Premium
The Role of Sharīʿah Supervision in Regulating the Operations of Islamic Banks: Its Importance, Conditions, and Modus Operandi
Dr. Mohamad Akram Laldin - Trans & Edit by Dr. Bachar Bakour & Dr. Riaz Ansary
Policy Brief No. 4/2026 | Supporting Successful Ageing-in-Place: Assistive Technology within an Integrated Care Framework
Dr Haniza Khalid; Associate Professor Dr Maya Puspa Rahman
Premium
Big Data From A Sharīʿah Lens
ISRA & AEON BANK
Premium
Charting Progress Together: Malaysia’s Islamic Finance Through the Years — A Compilation of Published Articles by RHB Islamic
ISRA & RHB ISLAMIC