>
>
MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH
Manual ini diterbitkan sebagai panduan kepada institusi kewangan Islam (IKI) dan mana-mana pihak yang diperuntukkan di bawah undang-undang tertentu (selepas ini dikenali sebagai “pihak yang merujuk”) dalam membuat rujukan berhubung persoalan Syariah berkenaan perniagaan kewangan Islam kepada Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS).
Manual ini diterbitkan di bawah seksyen 51 (2) Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta) dan telah disahkan oleh MPS.
Fungsi dan rujukan kepada MPS yang terkandung dalam manual ini adalah tertakluk di bawah seksyen 52, 55 (1) dan 57 Akta. Cabutan peruntukan-peruntukan ini boleh dirujuk dalam Glosari.
Dokumen ini adalah milik Bank Negara Malaysia (BNM). Akses penuh kepada sumber asal boleh didapati di sini: https://www.bnm.gov.my/banking-islamic-banking](https://www.bnm.gov.my/banking-islamic-banking