Premium

Kaedah Rektifikasi Isu Ketidakpatuhan Shariah

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MUZAKARAH) merupakan persidangan tahunan yang dihadiri oleh para ulama, penasihat Syariah, cendekiawan Islam dan pengamal kewangan di Nusantara dari Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Acara tahunan ini merupakan satu wadah bagi perkongsian pendapat dan ilmu serta perbincangan mengenai perkembangan semasa di dalam industri kewangan Islam.