Premium

IRP 36 – Analisis Syariah Terhadap Produk-Produk Pelaburan Emas Di Malaysia

Aktiviti pelaburan emas semakin rancak di Malaysia dan disertai oleh pelbagai golongan termasuk umat Islam. Dari perspektif syariah, produk-produk dan teknik-teknik pelaburan emas perlu menepati prinsip dan hukum syarak, supaya aktiviti kewangan masyarakat Islam tidak terkeluar daripada landasan agama. Kertas kajian ini ditulis bagi menganalisis beberapa produk, pelan dan teknik pelaburan emas yang aktif dijalankan di pasaran berdasarkan prinsip dan hukum-hakam perniagaan emas menurut Islam. Parameter Pelaburan Emas yang diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dirujuk sebagai panduan dalam analisis ini. Penulisan kajian ini dibuat dalam tiga bahagian utama. Bahagian pertama menjelaskan pelaburan emas secara umum dari perspektif syarak. Bahagian kedua memaparkan jenis-jenis pelaburan emas yang dijalankan di Malaysia. Bahagian ketiga pula membawakan produk, pelan atau teknik pelaburan emas untuk dianalisis dari sudut syariah dengan berpandukan kepada Parameter Pelaburan Emas. Kertas kerja ini juga memberi panduan dari sudut syariah dan undang-undang tentang isu salah nyata di dalam iklan dan risalah yang kerap berlaku dalam aktiviti pelaburan emas, serta memberi panduan tentang kaedah pelupusan harta haram jika suatu skim pelaburan emas didapati tidak patuh syariah.

Kata Kunci: Analisis Syariah, Produk Pelaburan Emas, Parameter Pelaburan Emas

Related Resources

Premium
The Role of Sharīʿah Supervision in Regulating the Operations of Islamic Banks: Its Importance, Conditions, and Modus Operandi
Dr. Mohamad Akram Laldin - Trans & Edit by Dr. Bachar Bakour & Dr. Riaz Ansary
Policy Brief No. 4/2026 | Supporting Successful Ageing-in-Place: Assistive Technology within an Integrated Care Framework
Dr Haniza Khalid; Associate Professor Dr Maya Puspa Rahman
Premium
Big Data From A Sharīʿah Lens
ISRA & AEON BANK
Premium
Charting Progress Together: Malaysia’s Islamic Finance Through the Years — A Compilation of Published Articles by RHB Islamic
ISRA & RHB ISLAMIC